Makan Malam Krew Bersama Alumni MYUFM

Bersempena dengan dengan program Team Building & Lawatan Media MYUFM 2020 pada Februari yang lalu, satu majlis Makan Malam bersama Alumni MYUFM telah diadakan pada 19 Februari di sebuah kafe di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada sesi yang serba santai tersebut, seramai 7 orang alumni telah sudi hadir. Antaranya ialah Ijam, Siddiq, H.I, Syafiq, Zeeq, Riea dan Fida. Turut hadir memberikan sokongan dan tip serta nasihat ialah selebriti radio dan pembaca berita radio Suria FM, Naim Hashim.